|
Written by Normi Rosidar Abdul Hadi
|
|
Monday, 18 February 2008 16:03 |
 STATISTIK Kemalangan Jalan Raya terus Mengganas Hari demi hari masalah di jalan raya terus meningkat. Kes kemalangan yang dilaporkan semakin bertambah selari dengan kemajuan negara. Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan kadar kematian yang semakin menggusarkan semua pihak? SALAH siapakah peningkatan statistik kemalangan jalan raya yang saban tahun menyentap nyawa pengguna yang tidak berdosa? Apabila kita lihat semula statistik kemalangan jalan raya pada 2005, terdapat 6,188 orang maut. Ini bermakna sejumlah 510 kematian dicatatkan setiap bulan dan 17 orang setiap hari akibat kemalangan jalan raya. Daripada statistik yang diberikan jelas menunjukkan kemalangan jalan raya terus menjadi masalah yang perlu diberikan penekanan. Statistik Kes Kemalangan Jalan Raya dari Tahun 1994 hingga awal 2008 Sumber: panducermat.org.my  GRAF 1: Menunjukkan Indeks Kematian Tahun 1994-2006  GRAF 2: Menunjukkan Indeks Kemalangan Tahun 1994-2006 Daripada statistik yang dikeluarkan di atas jelas menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan raya terus meningkat tahun demi tahun. Namun, indeks kemalangan jalan raya dan indeks kematian semakin berkurang sejak tahun 1997. Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan pada tahun 1995 dan 1996 mencatat indeks tertinggi bagi kes kemalangan jalan raya dan kematian. Realitinya, kemalangan jalan raya terus menjadi salah satu punca utama yang melibatkan kematian.
Bagaimana Statistik berfungsi dalam menganalisa data kemalangan jalan raya?? Apabila data kes-kes kemalangan jalan raya dikumpul (terutamanya melalui ops sikap yang telah dilaksanakan PDRM), kemudian ia dianalisis secara bersistem. Maklumat yang diperolehi selepas dianalisis adalah tepat dan merupakan yang terbaik. Jadi, sebagai natijahnya kita akan dapat mengenal pasti kelemahan dan sebab berlakunya sesuatu kemalangan. Melalui data statistik yang diperolehi, ia perlu disampaikan sebagai maklumat umum secara bersistem dan perlu diwar-warkan agar setiap pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab memandu secara lebih berhemah. Statistik juga dijadikan peringatan kepada diri anda serta semua pengguna jalan raya. Cuba kita renungkan.. bagaimana kita mampu merancang langkah berjaga-jaga tanpa mempunyai maklumat yang tepat dan bersistem tentang kes-kes kemalangan yang telah berlaku. Justeru itu, data perlu dianalisis agar jumlah kemalangan dapat dikenalpasti untuk dijadikan panduan bagi menangani masalah ini. Daripada analisis data yang diperolehi, pihak berwajib juga perlu bijak mengatur starategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebagai kesimpulannya, aplikasi statistik diperlukan bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan sistematik. Aplikasi statistik dalam perangkaan kes kemalangan jalan raya dilaksanakan dengan teliti dan bersistem agar masyarakat mengetahui punca-punca kemalangan serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan jumlah kes kemalangan jalan raya terus menjadi nahas yang semakin menular.
|
|
Last Updated on Thursday, 21 February 2008 02:38 |