Home 2009 Mac 2009 Pena Pembaca Kajian Tentang Dunia Matematik - Latar Belakang Masalah

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Menu Utama


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Aktiviti Matematik


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Keluaran Lepas


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Siapa Online?

We have 1 guest online

Kajian Tentang Dunia Matematik
Kajian Tentang Dunia Matematik - Latar Belakang Masalah PDF Print E-mail
Written by Mohd Fazdli Mohd Nor   
Wednesday, 01 April 2009 04:40
Article Index
Kajian Tentang Dunia Matematik
Pengenalan
Latar Belakang Masalah
Dunia Matematik
Objektif Kajian
Metodologi
Dapatan dan Perbincangan
Kesimpulan
Lampiran
Rujukan
All Pages

 

LATAR BELAKANG MASALAH 

Dalam usaha kerajaan membangunkan Modal Insan kepada rakyatnya, Pendidikan Sains dan Matematik merupakan usaha berterusan untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta berilmu dan membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan sains dan teknologi. Ia memberikan tumpuan kepada kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Strategi pembelajaran dan pengajaran matematik adalah berfokus kepada matematik sebagai proses inkuiri dan berasaskan kontruktivisme, pembelajaran konteksual, pembelajaran masteri dan pendekatan sains, teknologi dan masyarakat. Kaedah pembelajaran dan pengajaran dipelbagaikan dan lebih berpusatkan pelajar misalnya penggunaan e-pembelajaran matematik. Kemudahan e-pembelajaran yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pangkalan data membolehkan segala maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Justeru itu, inisiatif pembangunan e-majalah (majalah elektronik) matematik ini adalah sebagai penyalur pengetahuan dan dapat menjadi penghubung antara pelajar setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pangkalan data, maka ianya dapat menjadi pendorong bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan komited. Sejajar dengan usaha untuk membudayakan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah, pembangunan e-majalah matematik dilaksanakan bagi memenuhi hasrat ini. Fokus utama penggunaan e-majalah matematik ini adalah berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah lebih kepada pendekatan konstruktivisme sosial. Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan pendekatan pembelajaran bersifat sosial secara semula jadi, aktif (kolaboratif) dan menekankan pemikiran persekitaran penemuan. Dengan menggunakan e-majalah matematik sebagai bahan pembelajaran akan melatih para pelajar supaya lebih aktif dan dinamik dalam pembelajarannya. Pelajar dapat menimba pengalaman secara ‘hands-on’ dalam mengendalikan majalah elektronik tersebut dan mereka dapat membuat rujukan dalam pembelajaran matematik, membaca informasi-informasi aplikasi matematik dalam pelbagai bidang, mengetahui isu-isu semasa berkaitan aktiviti-aktiviti matematik dan pendedahan sejarah matematik bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman para pelajar. Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan multimedia dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran dikatakan menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya. Ini seterusnya menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di dalam kehidupan sebenar khususnya di dalam kerjaya professional mereka kelak (Roblyer dan Edwards 2000; Jonassen et ai., 1999).  Menurut Alexander dan Helmut (1999), e-majalah (majalah elektronik) dibangunkan bertujuan untuk mengatasi kekurangan dan batasan majalah konvensional yang bercetak. E-majalah mempunyai kelebihan berbanding majalah biasa kerana ianya lebih dinamik, proaktif dan berkebolehan untuk menyediakan ciri-ciri seperti hiperteks, teknologi multimedia, digital annotating, digital bookmarking dan fast searching. Tambahan pula, e-majalah mempunyai kelebihan untuk lebih kelihatan menarik dan memberikan sumber pengetahuan yang lebih luas kepada penggunanya. Justeru itu, Ray (1999), Abdul Aziz dan Azlida (2000) serta Alexander dan Helmut (1999), mencadangkan sekiranya penggunaan e-majalah dalam pendidikan matematik dilakukan dan diuruskan dengan baik, para pelajar dapat:-  

i)        Membolehkan penglibatan aktif dalam pembinaan pengetahuan,

ii)       Menyediakan situasi pembelajaran sebenar (real-world situations),

iii)     Kepelbagaian bahan pengajaran (multimedia dan internet),

iv)     Latih tubi dalam konsep asas untuk mencapai tahap masteri,

v)      Kemudahan aktiviti kejasama,

vi)     Perkaitan konsep melalui hiperteks, dan

vii)   Membantu pelajar menguasai beberapa bidang matematik yang lebih abstrak.  

Berdasarkan pernyataan diatas berkenaan e-majalah dan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, pengkaji tertarik untuk mengetahui penilaian pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan e-majalah (majalah elektronik) matematik sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran matematik di Malaysia.  

 



Last Updated on Wednesday, 01 April 2009 11:22
 

Daftar Masuk






Forgot your password?
Forgot your username?
No Account Yet? Create an account

Undian

Adakah pencapaian subjek Fizik bergantung kepada prestasi dalam subjek Matematik?
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.