Home 2008 Julai 2008 Perisian Matematik Jadual dan Carta Pai Open Office

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Menu Utama


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Aktiviti Matematik


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Keluaran Lepas


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Siapa Online?

We have 10 guests online

Jadual dan Carta Pai Open Office PDF Print E-mail
Written by Siti Diyana Binti Razib   
Sunday, 29 June 2008 03:33

 

 

A. Menghasilkan Carta atau Graf

 

Kita akan belajar untuk menterjemahkan data ke dalam bentuk pai.

Situasi:

Idris seorang pelajar rajin yang bersarapan di sekolahnya pada waktu rehat. Antara makanan yang selalu dibeli oleh Idris di kantin sekolahnya adalah seperti nasi lemak dengan harga RM1.50, mee goreng RM1.20, mee hoon goreng RM1.20, kuih atau nugget RM1.00 dan mee rebus RM1.50. Pada bulan April 2008, Idris telah membeli 10 bungkus nasi lemak, 4 pinggan mee goreng, 3 pinggan mee hoon goreng, 3 batang nugget dan 2 mangkuk mee rebus. Maka bagaimanakah pecahan perbelanjaan Idris untuk setiap menu pada waktu rehat dalam masa sebulan itu? Lukiskan sebuah graf untuk situasi ini.

 

Penjadualan

Langkah 1

Situasi ini perlu diterjemahkan dalam bentuk jadual. Dalam Open Office, bentuk jadual anda adalah seperti di bawah.

 

 

Langkah 2

Untuk mendapatkan harga suatu menu dalam sebulan, anda perlu mendarabkan harga per unit dengan bilangan yang diperuntukkan dalam sebulan. Dengan itu, anda perlu klik pada kotak D2 iaitu kotak harga untuk menu nasi lemak, kemudian klik Function Wizard di Bar Tool.

 

Langkah 3

Kemudian, untuk proses darab, klik PRODUCT pada ruangan Function dan selepas itu, klik Next. Klik Next lagi sehingga kotak dialog seperti di bawah keluar.

 

 

Langkah 4

Pada ruang Number 1, letakkan koordinat kotak (sel) yang mewakili harga per unit dan pada ruang Number 2, letakkan bilangan untuk setiap menu yang perlu didarabkan. Klik OK. Hasil darab akan keluar pada sel yang anda klikkan pada D2 tadi. Kemudian teruskan untuk harga menu yang lain.

 

 

Langkah 5

Anda boleh menjumlahkan semua harga menu untuk sebulan dengan cara yang sama dengan menghitamkan sel D2 dan seret hingga D6, kemudian klik Sum di Bar Tool. Maka jadual seperti di bawah akan anda dapati.

 

 

 

Membuat Carta Pai

 

Langkah 1

Dengan menghitamkan pada data yang dikehendaki, klik Chart di Bar Tool.

 

 

Langkah 2

Kemudian, satu kotak dialog Chart Wizard akan dibuka. Di sini anda boleh memilih jenis graf yang anda mahukan. Jika anda mahukan carta pai, maka klik Pie dan anda boleh pilih jenis pai anda berkenan pada mengikut sampel carta pai seperti yang digambarkan. Kemudian klik Next.

 

 

 

Langkah 3

Klik Next untuk Data Range. Klik Next lagi untuk Data Series sehingga kotak dialog seperti di bawah muncul. Kemudian, taipkan tajuk carta pai anda pada ruangan Title. Anda boleh pilih kedudukan untuk memaparkan legend. Kemudian klik Finish.

 

 

 

 

Langkah 4

Carta pai anda telah terhasil.Pindahkan carta anda supaya tidak melindungi data yang ada dengan membawa kursur ke dalam kotak graf dan heret ke tempat kosong di bawah data.

 

Langkah 5

Jika mahukan garis sempadan (borders) untuk carta pai anda, anda boleh mengedit carta pai dengan dwiklik pada ruangan kosong dalam kawasan graf yang mana jika anda lalukan kursur anda pada ruangan kosong itu, kursur akan menunjukkan Chart Area. Maka kotak dialog seperti di bawah akan keluar.

 

 

Langkah 6

Pada kotak dialog di atas, klik Borders dan pilih Style line border anda. Klik OK. Anda boleh mengubah warna carta pai anda dengan dwiklik pada ruangan legend key dan klik Area. Selepas memilih pilihan warna, klik OK. Teruskan proses yang sama jika mahu menukar warna yang lain. Carta pai anda akan kelihatan seperti di bawah.

 

 

Langkah 7

Pada carta pai di atas, dwiklik pada kotak biru kecil di sebelah ‘nasi lemak’ untuk menukar warna.

 

 

B. Menyimpan Atau Melindungi dan Mencetak Hasil Kerja

 

Langkah 1

Klik menu File dan klik Save As. Dalam kotak Save In, pilih folder individu anda dan namakan fail tersebut dalam kotak File Name. Klik pada kotak Save with Password jika mahu melindungi hasil kerja anda. (pastikan anda ingat kata laluan anda dan klik OK). Klik Save.

 

 

Langkah 2

Jika anda mahu mencetak hasil kerja anda, pada menu File, klik Print kemudian klik OK.

 

 

 

  1. Cuba tanyakan saiz kasut rakan-rakan sekelas anda. Dengan data yang anda peroleh, binakan sebuah jadual frekuensi. Kemudian dengan menggunakan Open Office. Org Calc atau mana-mana spread sheet, buatkan sebuah graf atau carta pai berdasarkan jadual yang anda bina.
  2. Cari data statistik seperti data mengundi, kemalangan atau penyakit daripada mana-mana sumber. Binakan carta pai atau grat berdasarkan jadual yang anda peroleh.

 

Anda boleh email hasil graf/carta pai anda sama ada soalan 1 atau soalan 2 atau kedua-duanya sekali ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Klik sahaja pada email di atas ini untuk dipautkan terus ke laman web email.

 

Selamat mencubaSmile

 

Comments (0)

Last Updated on Thursday, 07 August 2008 06:59
 

Daftar Masuk






Forgot your password?
Forgot your username?
No Account Yet? Create an account

Undian

Adakah pencapaian subjek Fizik bergantung kepada prestasi dalam subjek Matematik?
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.